Wednesday, May 11, 2011

AKU RINDUKAN DIA 

Tapi dia boleh ke terima aku lagi ??

AKU BOLEH SAYANGKAN DIA LAGI

Tapi dia dah cakap susah nak percayakan aku lagi

PERLU KE AKU BUAT DIA SAKIT HATI LAGI

Sebab aku rasa inilah diri aku

TAPI MESTI DIA TAK LEH TERIMA KALAU AKU CAMNI

Bukan mudah untuk manusia berubah

MUNGKIN PERLUKAN SEDIKIT MASA DAN BERGANTUNG PADA KEADAAN

Aku segan nak bagi janji janji kat dia lagi

TAKUT NANTI AKAN JADI LAGI IN FUTURE

Nanti dia gak yang merana

KELIRU DAN DILEMA

AKU MASIH SAYANGKAN DIA

Sunday, May 8, 2011

Kita Serupa

Kita Tak Lebih Tak Kurang

Kita Sama Saja

Mungkin ada yang kau tak suka tentang aku

Mungkin jugak ada yang aku kurang suka tentang kau

Mungkin kau lebih, Aku pula kurang

Mungkin aku lebih, Kau pula kurang

Tapi pada aku

KITA SAMA SAJA

Tuesday, April 26, 2011

Untuk Kaum Lelaki

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


p/s : Lepas aku bace artikel nih, terasa banyak KEBENARAN dalam artikel nih. 

Friday, April 22, 2011

Wednesday, April 13, 2011

Selamat Tinggal Kawanku

Bila dengar Lagu nih teringat KENANGAN-KENANGAN dengan member² kat KOLEJ ;)
Selama 3 Tahun wa bersama diOrang banyak gak laa memori bersama terutama geng² WONDERPETS FC dan 6 JAHANAM ;D . Dah macam adik beradik kitOrg selama 3 Tahun nih..Kalau lu orang dapat bace entry nih, nih lagu untuk KITA..

-Mamu, Pait, Shuq, Emy, Tiyong, Kemal, Jai, Iqbal, Sabri, Botak, Yap, P.Arab dan lain² ;)




post by Arielio

SELAMAT PAGI DAN AKU KEMBALI ;D

Haiiyaaakkkk ! Sudah berbulan ku tinggalkan entry nih..naik BERHABUK haaa blog nih ! Haisshh..
Maaflah kpd sesape tetamu yang dtg jenguk blog nih tapi KOSONG jek
sobab xdo cito cito BARU yang den nak kongsi bosamo kOrg..;)

Hari nih awal bona den bangun haa..pdahal mano ado kolass ko apo
cumo nak poei bekpes samo BUAH HATI den jo
Tapi mato nih dah colik seawal pukul 7.40 mnt pagi !
Ape kejadah ini sumo, mane mak bapak mereka yang membiarkan anak² mereka
Sampai bila anak bangsa hendak sebegini merempit, merempat, membojan
HAHAHA.
Opppsssttt, MAAP MAAP MAAP  !
Jauh tosasar dari topik pagi nih haa..
Ni pengaruh TB laa nih cnth eh...nak² pulak Rajo Lawak
Memang den laa agk copek t'pengaruh dgn Rajo Lawak nih.
HEHEHE

Berbalik pado cito den tadi
Mato colik seawal 7.40 mnt pagi
Nasib baik arini den ado deal dongan BUAH HATI nak g bekpes
Kalau tidak apo den nak buek sampa pkul 11 ?
ni jonis mato colik yg payah nak lolap balik tuh
Tak ko menjadi PUNCO den ngadap pc nanti lamo2 smpe kol 11.
Punco melokek dpn PC, FB laaa..xdo punco lain dh den raso..
Kalau laa di buek ngadap PC nih di ADAPTASI kan semasa den ngadap BUKU²
Tak ke DEKAN den SEMESTER nih..
Sonyum lebar MAK den kalo taw den dekan ;)

Nih pon pukul 9.30 pagi.
Den nk poei bosiap mandi sumo, nak poei brekpes dgn AWEK den..
Lamo dah x bekpes dgn dio..Rindu ase eh .
Time2 free ni laa nk brekpes samo²
HEHEEHE
Oklaaa..nanti sonang² den burak laa lagi dalam entry nih yo .
Renung²kan dan selamat beramal ;)

Wednesday, February 9, 2011

Walau hanya sekali  kau mengajar dan memberi ilmu , InsyaALLAH sampai bila² aku boleh ingat jasa kau...

CIKGU !!

Terima Kasih Cikgu