Friday, September 17, 2010

Lelaki Selalu Berbohong dan Perempuan Selalu Menangis

Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.
Mengapa hal sedemikian terjadi?
Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami, katanya.
Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.
Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana, jelas Dr. Tajudin.
Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki' dan `bahasa wanita'. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan, tambah beliau.
Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.
Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.
Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.

Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan, jelasnya.
Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.
Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.

Apa Ada Di Dalam Solat

1. Di dalam solat ada memohon hidayah
Hidayah maknanya petunjuk. Di dalam solat, Allah letakkan permintaan hidayah di dalam surah al-Fatihah ayat ke 6. Petunjuk Allah pada jalan lurus ini bukan sahaja di dalam bidang keagamaan, tetapi seluruh jalan hidup kita.
Kita selalu berhadapan dengan persimpangan yang memerlukan kita memilih. Kandang-kala, kita sendiri tidak tahu mana yang terbaik untuk keputusan di dalam hidup kita ini.
Jadi, dengan mendirikan solat, kita selalu memohon agar Allah berikan kita panduan terbaik untuk kita membuat apa-apa keputusan di dalam hdup ini.

2. Di dalam solat terdapat rangkaian doa.
Allah letakkan lapan rangkaian doa di dalam duduk di antara dua sujud. Lapan doa itu ialah
Rabbighfirli, Warhamni, Wajburni, Warfa’ni, Warzuqni, Wahdini, Waafini, Wa’fuanni
Ya Allah, ampunakan aku, kasihanilah aku, cukupkan aku, angkatlah (darjat) aku, rezkikan aku, hidayahkan aku, sihatkan aku dan maafkanlah aku.
Jadi, semakin banyak kita bersolat semakin banyak kita berdoa pada Allah untuk kebaikan diri kita.

3. Dalam solat ada ucapan syahadah.
Ucapan syahadah ialah ucapan ikrar bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah.
Dengan bersolat bermakna, tiap hari kita akan memperbaharui ikrar kita ini. Sebab itu di dalam hadis, Nabi menyatakan bahawa:-
Sesungguhnya, pembeza seseorang dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan sembahyang (HR Muslim)
Orang yang mendirikan solat sentiasa memperbahrui ikrar syahadahnya.

4. Di dalam solat ada ucapan selawat pada Nabi.
Kita semua maklum bahawa ucapan selawat adalah satu amalan yang Allah dan para Malikat juga bersama-sama melakukannya. Di suruh kita juga selalu berselawat pada Nabi hingga di dalam hadis Nabi menyatakan bahawa:-
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
Jika Allah sendiri telah mengucapkan selawat dan salam kepada kita, maka sudah tentu kita akan terlindung dari semua marabahya dan perkara yang tdiak baik.

5. Di dalam solat ada ingatan kepada Allah.
Memang itu pun tujuan solat. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku (surah Taha ayat 14).
Jika kita lihat bacaan dan gerakkan sembahyang, kebanyakkannya menyatakan ingatan pada Allah. Ucapan takbir, bacaan fatihah, dan sebagainya.
Jika kita sering ingat Allah, maka janji Allah seperti di dalam al-Quran:-
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (surah al-Ra’du ayat 28)
Kesimpulannhya, jika kita mengetahui apa ada pada solat ini, sudah tentu akan lahir rasa ghairah untuk melaksanakan ibadah ini. Kita tidak akan menjadikannya sebagai program sampingan ketika sibuk membeli belah, maka kita lambatkan ia, ketika sibuk melihat TV, kita lambatkan dan sebagainya.

Semoga dengan mengetahui apa ada pada solat, akan menyebabkan kita rasa lebih seronok untuk bersolat, semoga Allah rezkikan pada kita menjadi hambanya yang sentiasa mengingatinya.

Perkara Yang Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki


1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.


4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.


5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…


6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!


8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


10. Bila lelaki cakap "direct to the point" dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…


19.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

"Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!"

Thursday, September 16, 2010

Permulaan.

Assignment !!!
Walaupon tak banyak mane KAU
tapi aku tetap MALAS nak ngadap KAU
baru bukak tengok soalan
da rasa MALAS
hahaha

KAU tunggu aku LANGSAIKAN kau !

Duduk Sahaja di Rumah.

Lebih baik duduk di rumah sahaja walaupun
BOSAN
dari aku pergi memane yg boleh wt orang jd
SAKIT HATI 
dengan ape yang aku buat nanti ;)

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010
MAAF ZAHIR & BATIN

Kesilapan di balas dengan ??

hurmm..
sering melakukan KESILAPAN.
KESILAPAN haruskah di balas ?
Mungkin..
KEPUASAN mungkin akan timbul jika ia terbalas !
ermm..OK !